Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Sunday, April 5, 2015

Aku kena karan di Bintuka!!!

Bismillahirahmannirrahim...

Dari dulu lagi aku mendengar perkhabaran yang seronoknya memancing di Sungai Bintuka ini tapi apakan daya belum berkesempatan untuk membasahkan joran ku di sana. Tidak kiralah anda seorang pemancing "bottom" atau seorang pemancing "pengilat" tempat ini memang menjanjikan keseronokan bagi seorang yang bergelar pemancing.

Memancing di Bintuka ini memang da lama ku pendam dan akhirnya 4/4/2015 menjadi titik rasminya joran aku dibasahi oleh sungai bintuka Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam dari Kota Kinabalu ke bintuka memang tidak terasa di sebabkan kegiranan untuk sampai ke destinasi terlalu memuncak.

Bot sewa untuk meneroka sungai bintuka.



Sekiranya anda merancang untuk memancing di sungai bintuka ini dan anda terlupa untuk membeli ais, makanan ringan, umpan udang hidup. Anda tidak perlu risau kerana di jeti tersebut menyediakan bahan-bahan keperluan bagi pemancing.

"Bot Man" kami bernama Man memang yang merupakan penduduk asal di sana telah memberitahu kami yang dia memang hafal dan tahu selok belok kawasan sungai bintuka ini tetapi dia tidak tahu di mana lubuk-lubuk ikan kerana dia bukan seorang pemancing tetapi dia seorang pembawa bot untuk pelancong yang ingin meneroka sungai bintuka ini. Dan terus terang aku cakap sekiranya anda ingin memandu bot yang di sewa tolong bawa sekali gps sebab sungai bintuka ini terlalu banyak cabang dan kesemuanya hampir sama dari anak sungainya tumbuh-tumbuhannya. Aku yang pertama kali berada di sini "angkat tangan" pasti aku sesat untuk mencari jalan pulang.

Dengan makluman yang di berikan oleh pemandu bot kami, aku dan abang aku hanya mampu ketawa sahaja. Aku maklumkan juga pada pemandu bot kami "tak perlu risau" ikan perkara no.2 yang penting keseronokan memancing dahulu itu yang lebih utama bagi aku hehe.

View ke muara sungai
Perjalanan untuk ke muara sungai bukanlah dekat. Dengan anggaran kedalaman 40++ meter memang sungai bintuka ini menjadi kegemaran penggunjung tidak kiralah pemancing, pelancong, pemukat, dan juga spesis ikan.

Niat aku ke bintuka ini hanya untuk casting sebab da lama aku tidak strike ikan dengan teknik mengilat ni. Dengan ke azaman dan dengan ilmu yang masih tumpul aku mengarahkan pemandu bot kami untuk pergi ke muara sungai dahulu untuk melihat keadaan di sana dan susasana muara sungai bintuka. Maklumlah da sampai bintuka kena teroka la semua walaupun memang tidak semua dapat di terokai.

Kerapu? Ya memang kerapu hehe.

Akhirnya aku kena karan oleh kerapu. Berat dalam 400-500gram sahaja. Walaupun saiz yang tidaklah sebenar mana tetapi kerapu ini memecahkan rekod aku selama 2 tahun tak turun sungai dan casting. Gembiraan yang berbaloi bagi aku seorang pengilat akhirnya berjaya juga aku mendapat tarikan dari kerapu.

Sembilang? ya memang sembilang hehe

Tidak ku duga ini pertama kali aku mendaratkan ikan sembilang. Beratnya aku tidak dapat menduga disebabkan spesis ikan ini adalah kali pertama aku daratkan.

Ikan Sumpit
Ikan sumpit ini juga merupakan spesis ikan yang pertama kali aku daratkan Dalam banyak-banyak ikan aku strike di bintuka. Ikan ini yang paling aktif dan ganas. Apa tidaknya ikan ini tanpa putus asa menyambar terus gewang aku walaupun berkali kali miss hook-up dan sehinggalah ia hook-up. Hyper aktif ikan ni rupanya.

Kerapu lagi
Akhirnya abang ku yang sebelum ini belum pernah ada lesen casting akhirnya terkena karan oleh kerapu juga. Betapa gembiranya dia sehingga terjelir lidah sewaktu terkaran oleh kerapu ini hehe. Tahniah memang ada repeat lagi lepas ni untuk ke bintuka.

Aku sempat merakam detik manis abang aku kena karan oleh ikan kerapu dengan teknik popping. Tahniah.

Apa pun aku pasti akan turun ke bintuka lagi dan kali ini untuk mencari saiz yang mega-mega InsyaAllah.

Tuesday, March 10, 2015

Laut Dalam : 340

Bismillah... fuh telah lama aku memendam rasa tidak turun ke laut dalam selama 2 tahun akhirnya tahun 2015 menjadi detik permulaan aku kembali turun beraksi ke laut dalam.

Trip kali ini yang telah di rancang selama 3 bulan dari akhir tahun 2014 akhirnya kami turun juga ke laut dalam pada 6-8 mac 2015.

Pada mulanya perancangan untuk mengikuti kapal Deep Blue akhirnya bertukar ke kapal Ocean Blue di sebabkan masalah gearbox pada kapal Deep Blue.

Dari Kiri Gemel, Anef, Zul, Jaundi, Saya, Depan kiri Ibrahim dan Husain.
Kali ini, trip mancing laut dalam di sertai oleh orang baru iaitu saudara Anep dan mesin letik baru yang di miliki oleh saudara Zul dan Husain.

Perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam untuk sampai ke destinasi merupakan waktu keemasan buat saya untuk tidur di sepanjang perjalanan. Maklumlah takut mabuk laut hehe. Lagi pun keadaan angin dan alunan ombak pada waktu ini boleh tahan juga kuatnya sehingga boleh menyebabkan isi perut pun macam nak terkeluar.

Setibanya di tempat yang ingin di tuju, aku berjaya mendaratakan ikan pertama ku kerisi bali beratnya dalam 3kg dan ianya memang menjadi buruanku sebab aku suka makan ikan kerisi bali ini berbanding ikan yang lain. Walaubagaimana pun aku tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kenangan bersama ikan yang berjaya aku daratkan kerana pada waktu itu alunan ombak yang agak kuat dan tidak berhenti-henti menyebabkan kesukaran untuk bergambar.

Trip kali ini paling success ialah saudara Husain yang berjaya mendaratkan ikan bersaiz skala besar melebihi 3kg kebanyakannya. Orang cakap pukul mesin letrik baru hehe. Memang rezeki beliau mendapat hasil yang lumayan.

Kerapu 7kg
Ikan paling besar saudara Husain berjaya daratkan iaitu kerapu 7kg. Aku liat macam anak keratang sudah. Melihat lenturan rod beliau dan kuasa mesin letrik beliau membuatkan aku teruja menyaksikan asakan dari ikan kerapu yang memakan umpan beliau pada waktu itu. Kegimbaraan yang memang tidak dapat di ungkapkan oleh kata-kata yang jelas terpancar dari wajah beliau.

Apapun trip kali ini kami di pukul ombak dan angin yang kuat menyebabkan aku tidak banyak mengambil gambar dan lebih-lebih lagi aku pun mabuk laut juga. Maklum la da 2 tahun tidak turun laut hehe.

Kerisi bali
Inilah kerisi bali dan ikan pertama yang aku daratkan sewaktu memancing laut dalam pada trip kali ini. Dan ini merupakan ikan terbesar yang aku perolehi pada trip kali ini. Puas Hati? memang aku puas hati walaupun hasil yang aku perolehi tidak berapa memberangsakan cukup la untuk makan dengan keluarga.

Proses membersihkan ikan. Kesian ba kecik saja tempat memotong dan parang tu berbanding ikan yang aku perolehi.
Memang menjadi kegemaran ku ikan pertama untuk di jama bersama isteri tersayang ialah kerisi bali hehe.

Apapun InsyaAllah bulan Mei/Jun ini aku akan turun ke laut sekali lagi untuk memburu ikan yang lebih besar hehe. Siyuk ba mancing laut dalam ni biarpun mabuk hahaha.

Kerisi bali masak STEAM hehe. Fuh memang layan

Tambong Masak Kari fuh dia punya lemak kulit memang lazat
Hidangan sepenuh hati dengan penuh kasih sayang dari seorang yang bergelar ister.

Kari kepala Ikan memang ikan kegemaran isteri ku. Ni bahagian memang dia punyala hehehe.

 Terima kasih buat isteri tersayang kerna memasak hidangan yang amat sedap. Love you.



Sunday, December 22, 2013

Casting hujung tahun 2013

Assalamualaikum. Da lama aku rasakan x update blog mancing ni. Bukannya apa aku dalam pantang tidak turun kelaut hehe. Orang rumah berisi pasal tu la puasa + dengan adanya org baru dalam hidup kami bertambahlah cuti panjang aku turun ke laut.

Inilah orang baru dalam hidup aku bersama isteri tersayang. Muhammad Izzuddin namanya semoga dia menjadi seorang Al-Mualim suatu hari nanti.

Dalam acara casting ni, perkara asas yang perlu di titik beratkan ialah pemanasan badan. Inilah salah satu cara pemanasan badan sebelum memulakan acara casting hahaha. Air pagi tu surut hingga 0.8 bacaan airnya. Menyebabkan perahu terpaksa di tolak hingga ke permukaan air.

Begambal na dulu kami. Aku, sahabat aku Jontot dan abang aku Jack memang merupakkan caster yang tegar hehehe. Rupanya jeti Tanjung Aru baru ini sudah di naik taraf. Cantik wo kalau orang nak buat gambar outdoor kawen sini. Bagi pop-up sikit warna langit dan air pasti mantap. Tapi aku ni gambar direct terus dari phone dan upload saja. Tak perlu la edit bukan kami model pun. Sebagai lepas gian bergambar saja untuk aktiviti mancing ni. Maklum la nak setahun puasa turun laut.

Thumbs UP. Cuaca pagi yang baik memang bersemangat untuk beraksi ni.

Na ambek gambar ranting pokok kayu sudah ni. Ini namanya mabuk di sebabkan nak setahun x turun laut. Di tambah pula angin yang kuat dan alunan yang tinggi menyebabkan aku dan rakan aku Jontot terdampar di Pulau Sulug.

Akhir sekali kami balik tangan kosong di sebab kan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Tidak mengapalah hero hindustan memang macam tu kalah dulu. Nanti return balik mesti berhasillah dengan izinNya hehehe. Biarpun tangan kosong yang penting lepas gian hehehe. Walaikummussalam .....

Sunday, September 9, 2012

Laut Dalam :Sijali

Its been a long time aku tak pergi ke Sijali. Bila cakap takat Sijali mengimbas kembali kenangan dan pengalaman aku turun ke laut dalam. Takat sijali merupakan destinasi pertama aku turun memancing laut dalam dari KK yang di kemudi oleh tekong Lan dan pada waktu itu menaiki kapal KK Law.

Itu dulu dan kali ini aku turun kembali ke takat Sijali dengan kapal Deep Blue yang di kemudi oleh Tekong Din. Aku rasa, da banyak kali aku menaiki kapal laut dalam yang di kemudi oleh Tekong Din ini. Mungkin aku sudah terbiasa dengan cara beliau bertegur sapa membuatkan aku lebih selesa mengikuti kapal yang di kemudikan oleh beliau.

7-9 Sept 2012 merupakan perjalan ke laut dalam yang memang khusus di lakukan di Sijali, sebelum ni ada jua p sijali tapi biasanya sepintas lalu, cuma kali ini memang khas perjalan ke Sijali hanya untuk memburu KING KONG aka Kingfish.

Perjalanan yang mengambil masa 4½ jam membuat kan aku lena di ufuk tido sepanjang perjalanan. Maklum la aku KICK lagi dalam trip kali ni tapi alhamdulillah aku mabuk hingga ke petang saja. Lepas dari itu, badan aku da natural boleh sync dengan keadaan alunan laut dan bau² an yang menusuk qolbu hehehe.

Lets pix tell da story..

Senja di ufuk sijali hehehe. Aktiviti memancing selain keseronokan mendapat ikan, Kecantikan pemandangan alam di lautan luas merupakan pemandangan yang dapat menghilangkan kekusutan fikiran. And dis my new weapon Dendomaru 4000 & Shimano Gatana hadiah daripada isteri tersayang.

My brother Strike.. Saddle Tailed Seaperch @ Lutjanus Malabaricus aka melayunya Kakap Merah @ Tambong. Da lama dia mengidam nak dapat tambong ni akhirnya tercapai jua hajatnya menaikkan tambong ni. Senyuman tu boleh menunjukkan kepuasan yang x terkata. Tahnia bro.

 
Finally aku ada lesen besar sudah hehehe. Aku berjaya mendaratkan KING KONG aka King Fish kali ini. Alhamdulillah.

Brother Husain dengan ikan Kerisi Bali Merah hehehe. Sampai jatuh rod beliau ke lautan luas kerana asakan Kerisi Bali tersebut. Walaupun penat bertarung akhirnya berjaya jua mendaratkan kerisi bali ini.

Aku pun x tau ikan apa ni. Mau cakap udang pun bukan mau cakap bedukang pun bukan hehehe. 

Macam puting beliung tapi bukan hehehe. Inilah salah satu fenomena yang jarang sekali kelihatan ketika di daratan yang hanya boleh di lihat dari lautan luas. 

Saudara Zul penuh keceriaan sepanjang aktiviti memancing laut dalam di jalankan. Saudara Husain basah lenjun mandi hujan tetapi setia menanti kehadiran ikan yang memakan umpan hehehe.

Antara hasil tangkapan Brother Husain. Memang raja kerisi bali beliau ni. 

Kiri kanan Kerisi Bali tengah tengah ikan jos hehehe. Tahniah sahabat.
 
Saudara Zul ( org pertama kali turun kelaut dalam) sudah memperolehi lesen besar. 2 ekor King Kong berjaya di daratkan oleh beliau. Tahniah.

Hasil tangkapan daripada Bro Jack. Boleh di katakan beliau paling success dalam group kami berempat disebabkan ikan beliau pelbagai jenis. Tahniah.

Itu dia nak tengok bibir siapa lagi mancung hehehe. Bro Jack wif Saddle Tailed Seaperch @ Lutjanus Malabaricus aka melayunya Kakap Merah @ Tambong.
 
Ini pula hasil tangkapan aku hehehe. Alhamdulillah boleh la bikin masak laksa yang kitsik kitsik tu hehehe.

Saddle Tailed Seaperch @ Lutjanus Malabaricus aka melayunya Kakap Merah @ Tambong. Senyum tu hehehe paham paham saja la ya hehehe. Hujan pun hujan la yang penting gambar sama ikan hahaha.

Akhirnya Lesen besar aku hehehe. 2 ekor King Kong berjaya di daratkan hehehe. Alhamdulillah.

Hidangan istimewa dari isteri tersayang. Kerisi Bali Sweet & Sour. Bergegar-gegar nak makan sebab da lapar dan x sabar nak menjama makanan. Thanks sayang memang sedap makan ni di tambah lagi dengan ikan fresh hehehe. Alhamdulillah.


Hasil tangkapan kali ini kurang daripada biasa tapi x apa la yang penting selamat pergi dan balik dari memancing dan membawa hasil untuk di makan bersama keluarga itu lebih diutamakan. Dan yang paling penting da ada lesen KING KONG hahaha. Alhamdulillah.

Sunday, July 15, 2012

Laut Dalam : 340

Ini adalah trip aku yang pertama turun ke laut dalam setelah aku memegang title sebagai seorang suami hehehe. Yang pada asalnya trip ini di penuhi dengan 10 org tetapi disebabkan beberapa faktor yang memang x dapat di elakkan trip ini hanya turun sebanyak 8 angler saja iaitu aku sendiri, isteri ku, abg ku Jack, rakan pejabatku Jontot dan Husain, kenalan baru saudara Mat, Rudy dan Adam.

Naik saja kapal kali ini, aku sudah start KICK sesuatu bencana dan malapetaka yang aku paling x gemar hahaha. Aku da start mabuk sewaktu saja kapal sudah bergerak hahaha. Ini merupakan perkara yang aku paling x gemar sekali sewaktu memancing hahaha.

Trip perjalan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Setibanya kami di takat yang pertama, aku terus strike dengan kejutan yang aku pun x duga ikan jenis apa, sehingga aku tewas dalam pertarungan yang pertama, bukan tewas kerna putus perambot atau patah mata kail, tetapi ikatan matakail ku lucut membuatkan aku kecewa dan ketawa sendiri mungkin di sebabkan penangan mabuk membuatkan aku jadi cuai ikat matakail hahaha.

Yang heran ketika kapal berlabuh untuk memulakan memancing, aku tidak mabuk dan pening sama sekali. Tetapi apabila kapal start untuk pergi ke lubuk yang lain aku secara automatiknya akan KICK kembali hahaha. Perkara ini berlarutan selama 2 hari berturut-turut dan alhamdulillah hari yang ke-3 sistem badan ku da kembali normal seperti sedia kala.

Lets da pix tell da story hehehe...

Ikan Uji Rashid aka Long Finned Bigeye, merupakan ikan yang pertama aku daratkan. Bukan maksud aku malam pertama aku x dapat ikan, tapi aku kalau ikan Titir aka Barracuda ini, aku kategorikan sebagai ikan untuk aku buat umpan kembali bukan untuk di makan hehehe. Muka baru bangun tido tu.

Abg Husain in da house. Dia pun strike sama ikan yang sama. Aku gelar ikan ni sebagai ikan karaoke hehehe. Senyum x terhingga beliau dengan hasil tangkapannya yang pertama hehehe.

Bukan ikan saja, batu karang pun naik sekali, macam pokok bonzai pun ada aku tengok struktur batu karang ni. Ikutkan hati nak jua aku bawa balik, tapi x jadi la sebab aku x pelihara ikan di rumah hehehe.


Ruby Snapper yummy. Nampak saja warna ikan ni membuatkan tekak x berhenti menelan air liur dan apa yang bermain di minda masa 3 rasa atau masak stim. Hahaha. Waktu ini hujan membasahi bumi, alhamdulillah hujan turun tanpa ada sebarang tiupan angin yang membuatkan aktiviti memancing berjalan seperti biasa.


Ruby Snapper again. Tahniah buat isteri ku yang tersayang. Walaupun x la besar mana hasil tangkapan, tapi dia da menewaskan aku dalam pertandingan JACKPOT. Tiap kali turun laut mesti aku kalah dengan pertandingan ikan sepa paling besar.


My Bro Jack. Akhirnya dia ada lesen sudah dapat KING KONG aka King Fish. Adoi punya geram aku dari dulu lagi aku mengidam nak strike ikan ni belum-belum kesampaian. Thumbs Up tanda puas hati tow hehehe. Tahniah.

Hasil Tangkapan Abg Husain. Puas hati jelas kelihatan di wajah beliau. Pelan -pelan kayu akhirnya tong biru beliau penuh dengan hasil usaha beliau sendiri. Tahniah ( fiq nanti aturkan lagi trip lepas raya kalau boleh ). Itu la ucapan Abg. Husain ketika kami menuju ke daratan.

Dan ini adalah hasil tangkapan kami. Walaupun kurang hasil tangkapan kali ini. Yang penting sekali semuanya selamat pergi dan kembali. Dan yang pasti kami akan memburu kembali pada trip akan datang.

InsyAllah.





Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.