Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Sunday, August 1, 2010

Laut Dalam : Takat 340

Ini adalah trip ke-2 bagi aku naik kapal dari KK dan yang ke-4 aktiviti memancing laut dalam semenjak aku kena racun agar mencuba² memancing laut dalam ni. Yang pada asalnya aku ni suka memancing tepi² muara, sungai², jeti², dan perairan yang berkedalaman 17meter kebawah.

Perbezaan laut dalam dan memancing bukan laut dalam bagi aku cuma satu saja airnya lebih dalam dari biasa hehehe... itu yang sepatutnya kita faham la, tapi dari segi teknikal, material perkakasan, umpan, box, bekalan untuk kita makan semua sama saja bagi aku cuma... diupgradekan sedikit agar bersesuaian ke tempat yang di tuju.

Kali ini aku ikut trip ni bukan dari anjuran aku, kami bagi penuh kapal saja sebab yang mengatur trip ni ahlinya x cukup org pada saat akhir, jadi kena call la kami untuk bagi penuh trip kapal tersebut. Yang mana pada waktu ni aku , abang aku dan Jontot, memang free dan memang gatal tangan nak turun ke laut hehehe.

Apa pun lets pix tell da story trip 340 kali ni hehehe...

Jack (abg aku) sedang memerhatikan joran yang bergantung atau trip jadi model ni? hahaha

SEA STAR I, so far bot terbaik yg pernah aku naik, dengan kemudahan kelengkapannya bagus bagi aku, aku kalau naik kapal ni x cerewet sangat yang penting tandas, tu yang menjadi keutamaan aku hehehe, so tandas kapal ni tip top la bagi aku, siap ada shower lagi dan mengunakan tiles hehehe

Sai yo nara KK

Kami bertolak ke takat 349 pada jam 8.10am, aku rasa inilah perjalan aku yang paling awal aku ikut. Selama aku memancing laut dalam ni hehehe. Cuaca pun cun juga dan apa lagi aku tidur ............ sepanjang perjalanan hehehe. maklum la perjalanan menggambil masa 4½ jam hehehe...
Apa pon ketika kami di perairan Tuaran, kapal meragam, kerna kekurangan moto oil, nasib la, kapal Sea Star II pun datang membantu itu pon kami terpaksa menunggu sejam lebih, waktu ni la aku luangkan masa buat perambot extra yang pada asalnya aku memang da buat awal lagi dari rumah hehehe.
Ikan Ayam

Ini adalah hasil pertama aku ketika melabuhkan pancing dan pertama kali aku dapat ikan ayam bersize macam ni, semangat juang ikan ni boleh tahan juga sampai terpaksa aku pum baru boleh naik hehehe.
Ikan Lepek

Ikan terbaik aku pada hari pertama dan ikan paling berat trip aku kali ini, waktu aku dapat ikan ni waktu senja, 3 ekor turut turut di daratkan. Alhamdulillah murah rezeki, kalau semangat juang ikan ni, pengalaman aku, ikan ni lagi kuat dari Suno yang aku dapat hari tu. Kerna Suno semangat juangnya hanya ketika berada di bawah air dan pabila sampai di pertangahan air ia ikut saja terus walaupun sekali sekala melawan, lain dengan ikan Lepek ni, dari bawah sampai atas semangat juangnya tidak putus yang menyebabkan aku bermandi peluh kerna bertarung dengannya.

Ikan Ketambak

Trip kali ini aku banyak tidur bukan pasal mabuk tapi entah lena betul aku tidur di kapal ni hahaha... tepat jam 5 pagi aku bangun, ini lah hasil pertama untuk hari kedua yang aku dapat, mau dekat 10 ekor ikan ketambak pagi tersebut didaratkan tanpa henti, alhamdulillah murah rezeki aku pagi tersebut.

Ini tiada apa saja ambil gambar sebab waktu ni ikan kurang aktif makan jadi boleh beristirehat sambil mengambil gambar sekeliling, jelas kelihatan Gunung Kinabalu dari sini.

Ikan Batu Kerapu Bara

Aku rasa ini adalah tangkapan aku terbaik di hari kedua hehehe, aku kategorikan dia terbaik sebab.... kalau da rasa Kerapu sedap apa lagi kalau Kerapu Bara mestilah 2x sedap hehehe... Suno celup pun ada dapat juga tapi aku lagi suka mainan ikan ni dari Suno celup tu so aku pilih ikan ni yg terbaik buat aku d hari kedua.

Kelihatan pelantaran dan Gunung Kinabalu

Gambar ni aku ambil di hari ke-3, waktu ni dalam perjalan pulang, kami bertolak menujuk ke KK seperti perjalanan kami ke takat 340 itu 8.10am. Tapi pada waktu ini kami berada di takat 360 so perjalan balik mengambil masa dekat 5-6 jam. Kalau cakap mana ikan aku hari ke-3, aku jawab tiada... sebab aku mabuk di hari ke-3 hahaha jadi aku banyak tido hehehe.

Sebahagian dari hasil tangkapan aku

Waktu dalam perjalanan pulang, masa ni la aku kemas balik hasil tangkapan aku agar mudah untuk susun mengikut saiz dan jenis ikan agar x la nampak semak betul box aku tu.

Bandar KK

Akhirnya kami tiba di darat pelabuhan pada jam 2½pm. Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerna aku selamat pergi dan kembali ke darat dalam keadaan yang selamat dan rezeki yang memuaskan. Amin

p/s : semua gambar di ambil di hari ke-3 pasal tu baju sama saja hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.