Sunday, July 31, 2016

Laut Dalam : Takat 340


Wahooo... da lama rasanya tidak menulis blog. Bukan bermaksud cuci tangan tapi ada kedatangan orang baru dalam keluargaku so kena berpuasalah aku dari arena memacing ni. So kalau tiada memancing tiadalah update untuk blog ini. Mostly kebanyakkan blog aku pun ada slowdown sedikit dunno wut im doin dis few years hehe.

Kapal Queen Daniel
So ini la kapal kami naiki untuk trip laut dalam yang julung julung kalinya setelah sekian lama tidak turun kelaut. 15-17 July 2016 bersamaan 3 hari 2 malam berada di tengah lautan merupakan satu tarikh keramat bagi aku kerana rata² yang mengikuti trip kali ini adalah kebanyakkan rakan sekerja aku seramai 7 org. Tidak pernah lagi selama ini saya mengatur trip memancing laut dalam di sertai rakan sekerja seramai ini.

Our Group Photo
Belakang Kiri : Azreen (DD), Alice, Chris, Brenda, Husain, Gemel
Depan Kiri : Jack, Saya, Faizal, Jaundi (Jontot)

Perjalanan pada jam 9.45 pagi dari Kota Kinabalu dan mengambil masa perjalanan  selama 6 jam ke tempat yang di tuju membuatkan aku mengambil kesempatan ini untuk tidur. Maklumlah perjalanan yang jauh jadi memerlukan tenaga untuk beraksi nanti.

Wa wee Brenda 1st Fish... Ikan Putih

Dis gurl Brenda orang baru dalam dunia mancing laut dalam. Tangan sejuk orang cakap bagi yang mula-mula memancing ni. Buli tahan hasil tangkapan dia ni.Well done Brenda we will see you again di trip akan datang.

Chris with 1st catch. Orang baru jua dalam arena memancing laut dalam ni. Tapi dia ni macam makan angin saja memancing di laut dalam. Umpama menikmati trip percutian 3 hari 2 malam di tengah lautan hehe. Maklumlah baru balik dari melancong dalam Malaysia, so terbawa bawa mood makan akan mungkin hehe.

Aku di hari pertama buli dikatakan nasib tidak menyebelahi aku. Apa buli buat tengok pelangi saja la menikmati keindahaan alam ciptaan Tuhan.

Assalammualaikum and Good Moring. Awan umpama peta sabah. Kalau orang sini cakap kepala Woof Woof hehe. Petanda baik untuk beraksi di hari kedua setelah semalaman hanya makan dan tido saja d kapal tidak berhasil hehe.

Alhamdulillah, Suno is Back hehe. Sepa tidak senyum lebar kalau dapat Suno. Mahal YOUP kalau order di seafood ni hehe. 

Today is my day.  Hehe.. 6kg bruh.... Sudah merah dapat pula putih hehe. Ikan putih spisis ini pertama kali aku daratkan selama aku memancing laut dalam ni. Hari itu dalam sejarah haha.

Ping Pong hehe. Gila ikan ni punya banyak isi dia hehe. Ruang perutnya sikit saja selebihnya isi saja.

Nampak sudah tu gunung kinabalu dari sini. Menandakan kami memang berada dekat kawasan kota belud. Kelihatan kapal memancing yang lain juga berada di sekitar kawasan ini.

Beastmaster with Da Volcano. 

Kena belasah JIG aku kali n oleh 3 ekor titir. Adoi titir saja trip kali ni bikin lemas hehe.
   
DD and Chris tengah mengemas barang dan berbagi bagi hasil tangkapan. Masa ni nak balik da,

Alhamdulillah bandar KK sudah kelihatan.

Wut.... Pulau Gaya...??

Aku tidak pernah nampak Pulau Gaya sedekat ini, Biarpun aku membesar di KK haha.

Wut... wut im doin here? OMG baru aku tau kapten kami ni teda punyai lesen untuk membawa kami ke laut dalam. Kami terpaksa "parking" di sini di sebabkan di jeti ada pemeriksaan dari pihak berkuasa. Dengan ini saya istiharkan saya tidak akan ikut lagi kapal ini di masa akan datang hehe.

Overall trip kali ni boleh dikatakan kurang memberangsangkan. Selama aku memancing di laut dalam dari KK, ini pertama kali aku terjumpa tekong kapal yang sampai tempat saja terus tido. Dan pindah takat hanya berhampiran saja. Tak apa la mungkin dia penat atau pening pening untuk trip kami ini. Tapi keadaan kapal ni amat tidak bersih. Tepat jam 8 malam, lipas akan berkeluaran dari kapal ini. OMG tidak pernah saya memancing lipas begitu banyak berkeluaran dari kapal. 

Memandangkan tekong kapal yang asyik tido, kami hampir terkaram di sebabkan ke tidak tanggungjawabnya menjaga kami. Pam air tidak di jaga untuk mengeluarkan air yang masuk kedalam kapal sehingga mengakibatkan suku kapal di masuki air. Mungkin malam tersebut merupakan malam yang tidak dapat di lupakan bagi pemancing baru yang mana mereka betul-betul panik dengan keadaan pada waktu tersebut. 

Bagi saya hasil itu perkara no.2 tapi faktor keselamatan menjadi keutamaan. Apapun alhamdulillah aku tidak mabuk kali ini walaupun telah lama tidak turun kelaut hehe. Terima kasih pada petua petua dari Gemel, Brenda, Chris and Alice supaya tidak mabuk laut dan juga dengan izinNya aku tidak mabuk juga alhamdulillah. 

Macam biasalah balik saja memang ikan yang paling sedap dulu la di masak hehe.

InsyaAllah aku akan turun lagi bulan ogos ini hehe. Selamat menyambut bulan merdeka.










0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.