Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Tuesday, May 22, 2012

Laut Dalam : Bonanza Japan

April yang lalu aku da turun ke laut dalam. Dan bulan Mei ni aku turun sekali lagi kelaut dalam. Apa taknya bukan senang nak turun kelaut sekarang ni dengan keadaan cuaca yang tak menentu dan dengan komitment belajar yang membataskan aku untuk turun kelaut. Alhamdulillah sepanjang cuti semesta ni aku berkesempatan turun kelaut dalam untuk memancing hehehe.

Trip memancing laut dalam kali ni memakan masa selama 6 jam perjalanan untuk sampai ke tempat yang di tuju. 3H2M memang merupakan kegemaran aku untuk memancing. Tempoh itu aku isi sepenuhnya dengan menimba ilmu bukan sahaja ilmu memancing, ilmu memasak pun ada hahaha.. dan pelbagai lagi.

Tapi yang lebih manis trip memancing aku kali ini adalah jatuh pada tarikh yang sama pada tarikh pertunangan aku, dan lamaran aku diterima hehehe. Alhamdulillah. Ramai jua bertanya kenapa aku tak turun (ada di majlis pertunangan tu). Apa yang aku faham dan pelajari "Bertunang adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin". Dengan bertanyakan persetujuan agar penerimaan aku sebagai seorang suami kelak.. aku da lakukan tanggungjawabku semasa majlis pertunangan itu hehehe. Dengan cara apa? (peradapan kita semakin canggih dengan teknologi... so aku pergunakan sebaik mungkin teknologi yang ada untuk menjalankan tanggungjawab ku semasa majlis pertunanagan itu hehehe).. biarlah ia menjadi kenangan bakal isteri ku dan keluarga ku yang berada di sana pada waktu itu.

We continue about deepsea hehehe...

Inilah salah satunya kenapa aku gemar memancing laut dalam. Aku suka melihat keindahan langit yang cukup indah dari ciptaanNya. Apabila berada di laut yang luas disana kita tahu bahawa kita ini kecil saja. Apa pun ini kali kedua trip aku mancing laut dalam aku melihat Star Fall. Cantik wo hehehe.

 Ini ialah rakan office ku yang berbaju oren. Jontot namanya. Dia pun minat mancing ni, tapi dia da setahun lebih jua x turun ke laut dalam. Dan seorang lagi adalah adiknya Rahim yang pertama kali turun kelaut dalam. Amat teruja dia dan berpuas hati dengan hasil tangkapannya hehehe. 1st time mendaratkan ikan sebesar 2kg lebih hehehe. Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Saddle Tailed Seaperch @ Lutjanus Malabaricus aka melayunya Kakap Merah @ Tambong 4.6kg adalah ikan pertama yang aku daratkan apabila aktiviti memancing dimulakan. Hehehe best wo game dia hehehe


Time ni aku memang mengidam sangat nak strike Kingfish.. dengan debaran yang kuat akhirnya aku strike jua tapi bukan Kingfish yang dapat Jewfish melayunya di panggil Talapia Laut Dalam. X dapat Kingfish pun x apa janji berhasil. Senyum pun x ingat tanda kepuasan hehehe.


Inilah sebahagian dari trip memancing kali ini. bermula dari kiri
Bro Sahur - Bro Asri - Bro Jai - Daiko Bro Awang - Bro Ali dan Bro Ayong.

Secara keseluruhan tangkapan aku kali ini syukur alhamdulillah boleh tahan jua x la banyak macam sebelum tu tapi adalah untuk cover kapal dan bawa balik untuk makan hehehe. maklumlah kali ini aku turun bersendirian tanpa di temani abang aku dan tunang aku. Dari rezeki dari pemberianNYA aku dapat pelbagai jenis ikan. Aku suka dengan hasil tangkapan aku kali ini jukakerna dengan pelbagai jenis warna  ikan hehehe. Dan apa yang paling penting syukur alhamdulillah aku x mabuk laut hehehe. Itu yang membuatkan betul berpuas hati.
InsyAllah aku akan turun ke laut lagi pada bulan 7. InsyAllah.



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.