Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Tuesday, July 21, 2015

Overhaul Daiwa Tatula HD

Bissmillahhirrahmannirrahim..

Kebelakangan ini aku mencebur diri memburu ikan di air tawar suatu pengalaman baru buat diri ku. Seperti biasa aku memang pengemar casting aka mengilat walau di mana aku berada tepian pulau, sungai dan tasik aku akan tetap mencari ikan dengan teknik casting aka mengilat. Manakala teknik bottom aku hanya lakukan bila aku turun laut dalam sahaja.

Memandangkan aku memburu ikan di air tawar kebelakangan ni, satu pengalaman baru yang mana reel aku bertanah, mungkin di sebabkan tasik untuk aktiviti casting aka mengilat yang aku lakukan di kawasan tanah merah itu yang menyebabkan meninggalkan kesan tanah pada reel aku.

So kali ini bukan setakat servis tetapi overhaul terus. Kalau servis kereta dia akan tukar filter dan minyak hitam begitu juga servis reel pancing yang mana biasanya akan tambah minyak pada washer drag, gear dan lain-lain. Manakala overhaul kereta pula, enjin kereta kita akan di angkat untuk di buat pemeriksaan dan baik pulih. Begitu jugalah kalau servis reel pancing semua parts akan di buka untuk membersihkan semuanya dan mengantikan minyak dan grease yang baru.

Apalagi masa untuk overhaul Daiwa Tatula HD...

Daiwa Tatula HD yang sudah di buka separu "gear" nya. Memang kotor habis dalam reel Daiwa aku ini.
Rupa fizikal Daiwa Tatula HD yang sudah di buka habis.

Daiwa Tatula HD body parts yang akan di overhaul


Proses pembersihan telah di lakukan. Tidak sedar kualiti gambar ada bergegar sewaktu mengambil gambar ini.


Apa benda yang paling akhir di keluarkan itu la benda paling mula untuk di pasangkan kembali.


Pemasangan telah sempurna di lakukan untuk body frame punya part.


Pemasangan drag system dan penyapuan sedikit drag washer pada semua washer.


Daiwa Tatula HD drag system telah siap di pasang dan telah siap di sapukan washer grease, marine greas, gear grease dan gear oil.

Daiwa Tatula HD handle drag system


Daiwa Tatula HD yang sudah siap di Overhaul.

Alhamdulillah semua sudah selesai dan boleh la baring-baring sambil berangan-angan dapat ikan besar bila casting aka mengilat nanti.








Sunday, July 19, 2015

Lesen pertama air tawar

Bismillahirrahmannirrahim...

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di muka bumi ini. Di kesempatan ni saya ingin memohon maaf zahir dan batin buat sesiapa dia luar sana yang mengenali saya. 

Selama ni aku hanya memancing ikan di air masin tidak kira sungai ataupun lautan luas. Walaupun aku ada gewang buatan tangan untuk memikat ikan air tawar tetapi tiada kesampaian untuk mencari lokasi yang sesuai dan menguji gewang aku. Tapi di hari raya ke 3 kali ini aku di kenalkan oleh sahabat baru Kii Lung dari group PTKK (Pemancing Tegar Kota Kinabalu) sebuah tempat yang selama ini aku sendiri tidak tahu yang mana wujudnya tasik ini berhampiran dengan rumah aku. Sahabat Kii Lung ni orangnya tidak lokek ilmu dan mudah mesra untuk bergaul dan berkongsi-kongi ilmu yang ada dan di sinilah sejarah aku bermula memancing ikan air tawar hehehe.

Tatula HD menjadi taruhan aku di tasik ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.