Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Sunday, December 22, 2013

Casting hujung tahun 2013

Assalamualaikum. Da lama aku rasakan x update blog mancing ni. Bukannya apa aku dalam pantang tidak turun kelaut hehe. Orang rumah berisi pasal tu la puasa + dengan adanya org baru dalam hidup kami bertambahlah cuti panjang aku turun ke laut.

Inilah orang baru dalam hidup aku bersama isteri tersayang. Muhammad Izzuddin namanya semoga dia menjadi seorang Al-Mualim suatu hari nanti.

Dalam acara casting ni, perkara asas yang perlu di titik beratkan ialah pemanasan badan. Inilah salah satu cara pemanasan badan sebelum memulakan acara casting hahaha. Air pagi tu surut hingga 0.8 bacaan airnya. Menyebabkan perahu terpaksa di tolak hingga ke permukaan air.

Begambal na dulu kami. Aku, sahabat aku Jontot dan abang aku Jack memang merupakkan caster yang tegar hehehe. Rupanya jeti Tanjung Aru baru ini sudah di naik taraf. Cantik wo kalau orang nak buat gambar outdoor kawen sini. Bagi pop-up sikit warna langit dan air pasti mantap. Tapi aku ni gambar direct terus dari phone dan upload saja. Tak perlu la edit bukan kami model pun. Sebagai lepas gian bergambar saja untuk aktiviti mancing ni. Maklum la nak setahun puasa turun laut.

Thumbs UP. Cuaca pagi yang baik memang bersemangat untuk beraksi ni.

Na ambek gambar ranting pokok kayu sudah ni. Ini namanya mabuk di sebabkan nak setahun x turun laut. Di tambah pula angin yang kuat dan alunan yang tinggi menyebabkan aku dan rakan aku Jontot terdampar di Pulau Sulug.

Akhir sekali kami balik tangan kosong di sebab kan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Tidak mengapalah hero hindustan memang macam tu kalah dulu. Nanti return balik mesti berhasillah dengan izinNya hehehe. Biarpun tangan kosong yang penting lepas gian hehehe. Walaikummussalam .....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.