Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Sunday, September 9, 2012

Laut Dalam :Sijali

Its been a long time aku tak pergi ke Sijali. Bila cakap takat Sijali mengimbas kembali kenangan dan pengalaman aku turun ke laut dalam. Takat sijali merupakan destinasi pertama aku turun memancing laut dalam dari KK yang di kemudi oleh tekong Lan dan pada waktu itu menaiki kapal KK Law.

Itu dulu dan kali ini aku turun kembali ke takat Sijali dengan kapal Deep Blue yang di kemudi oleh Tekong Din. Aku rasa, da banyak kali aku menaiki kapal laut dalam yang di kemudi oleh Tekong Din ini. Mungkin aku sudah terbiasa dengan cara beliau bertegur sapa membuatkan aku lebih selesa mengikuti kapal yang di kemudikan oleh beliau.

7-9 Sept 2012 merupakan perjalan ke laut dalam yang memang khusus di lakukan di Sijali, sebelum ni ada jua p sijali tapi biasanya sepintas lalu, cuma kali ini memang khas perjalan ke Sijali hanya untuk memburu KING KONG aka Kingfish.

Perjalanan yang mengambil masa 4½ jam membuat kan aku lena di ufuk tido sepanjang perjalanan. Maklum la aku KICK lagi dalam trip kali ni tapi alhamdulillah aku mabuk hingga ke petang saja. Lepas dari itu, badan aku da natural boleh sync dengan keadaan alunan laut dan bau² an yang menusuk qolbu hehehe.

Lets pix tell da story..

Senja di ufuk sijali hehehe. Aktiviti memancing selain keseronokan mendapat ikan, Kecantikan pemandangan alam di lautan luas merupakan pemandangan yang dapat menghilangkan kekusutan fikiran. And dis my new weapon Dendomaru 4000 & Shimano Gatana hadiah daripada isteri tersayang.

My brother Strike.. Saddle Tailed Seaperch @ Lutjanus Malabaricus aka melayunya Kakap Merah @ Tambong. Da lama dia mengidam nak dapat tambong ni akhirnya tercapai jua hajatnya menaikkan tambong ni. Senyuman tu boleh menunjukkan kepuasan yang x terkata. Tahnia bro.

 
Finally aku ada lesen besar sudah hehehe. Aku berjaya mendaratkan KING KONG aka King Fish kali ini. Alhamdulillah.

Brother Husain dengan ikan Kerisi Bali Merah hehehe. Sampai jatuh rod beliau ke lautan luas kerana asakan Kerisi Bali tersebut. Walaupun penat bertarung akhirnya berjaya jua mendaratkan kerisi bali ini.

Aku pun x tau ikan apa ni. Mau cakap udang pun bukan mau cakap bedukang pun bukan hehehe. 

Macam puting beliung tapi bukan hehehe. Inilah salah satu fenomena yang jarang sekali kelihatan ketika di daratan yang hanya boleh di lihat dari lautan luas. 

Saudara Zul penuh keceriaan sepanjang aktiviti memancing laut dalam di jalankan. Saudara Husain basah lenjun mandi hujan tetapi setia menanti kehadiran ikan yang memakan umpan hehehe.

Antara hasil tangkapan Brother Husain. Memang raja kerisi bali beliau ni. 

Kiri kanan Kerisi Bali tengah tengah ikan jos hehehe. Tahniah sahabat.
 
Saudara Zul ( org pertama kali turun kelaut dalam) sudah memperolehi lesen besar. 2 ekor King Kong berjaya di daratkan oleh beliau. Tahniah.

Hasil tangkapan daripada Bro Jack. Boleh di katakan beliau paling success dalam group kami berempat disebabkan ikan beliau pelbagai jenis. Tahniah.

Itu dia nak tengok bibir siapa lagi mancung hehehe. Bro Jack wif Saddle Tailed Seaperch @ Lutjanus Malabaricus aka melayunya Kakap Merah @ Tambong.
 
Ini pula hasil tangkapan aku hehehe. Alhamdulillah boleh la bikin masak laksa yang kitsik kitsik tu hehehe.

Saddle Tailed Seaperch @ Lutjanus Malabaricus aka melayunya Kakap Merah @ Tambong. Senyum tu hehehe paham paham saja la ya hehehe. Hujan pun hujan la yang penting gambar sama ikan hahaha.

Akhirnya Lesen besar aku hehehe. 2 ekor King Kong berjaya di daratkan hehehe. Alhamdulillah.

Hidangan istimewa dari isteri tersayang. Kerisi Bali Sweet & Sour. Bergegar-gegar nak makan sebab da lapar dan x sabar nak menjama makanan. Thanks sayang memang sedap makan ni di tambah lagi dengan ikan fresh hehehe. Alhamdulillah.


Hasil tangkapan kali ini kurang daripada biasa tapi x apa la yang penting selamat pergi dan balik dari memancing dan membawa hasil untuk di makan bersama keluarga itu lebih diutamakan. Dan yang paling penting da ada lesen KING KONG hahaha. Alhamdulillah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.