Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Friday, July 28, 2017

Teknik Pancing Pantai

Teknik terbaik ketika memancing pantai ialah dengan
membuat lontaran paling jauh yang mampu dilakukan
sambil pastikan tali dalam kedudukan tegang, tunggu
jika ada getuan dengan memerhatikan hujung joran. Jika tiada, karau sedikit tali dan tunggu lagi. Ulangi proses ini sehingga umpan pancing sudah berada hampir dengan pantai. Berhenti karau jika terdapat getuan. Teknik ini ialah untuk mengetahui lokasi ikan bermain ketika air pasang mahupun surut. Oleh kerana
laut adalah terbentang luas di depan mata, sukar untuk
meramalkan lokasi ikan kecuali dengan teknik ini. Kalau boleh buat ‘tanda’ jarak yang berpotensi sebaik saja umpan menerima getuan. Sesetengah kawasan pula ombak sendiri akan menolak umpan pemancing ke arah pantai ketika air pasang. Jika ini berlaku kita perlu memastikan tali sentiasa dalam keadaan tegang dengan mengarau tali yang kendur.

Jika kadar tolakan ombak dan arus kuat, gunakan ladung yang sesuai bagi mengelakkan tali kendur. Saiz ladung besar boleh mengurangkan umpan bergerak apabila ditolak ombak atau arus.

Cara melontar yang berkesan ialah letak ladung dan umpan di atas pasir dengan kedudukan joran mendatar ke belakang. Guna ladung hidup pun buleh kalau memancing di pantai berpasir, atau ladung mati di pantai berlumpur.

Kelebihan guna ladung mati - balingan lebih jauh sebab berat kat hujung tali, bukan kat tengah berbanding ladung hidup. Atau gunakan ladung khas dibuat untuk surfcast yang mampu menahan dari tergolek ditolak arus. 

Pemancing perlu berada dalam kedudukan seperti atlit
merenjam lembing. Teknik ini boleh dipelajari secara mendalam dengan merujuk kepada ‘basic surf casting’.
Di Malaysia sendiri terdapat kelab pancing ‘surf casting’ yang aktif. Menerusi teknik ini, pemancing akan didedahkan mengenai langkah lontaran, cara lontaran, aspek lontaran, teknik ikatan dan jenis perambut yang sesuai serta kombinasi peralatan termasuk joran, kekili, muatan dan saiz tali. Mata kail paling besar yang disyorkan ialah saiz No 1. Lebih kecil lagi baik asalkan ia kuat dan tajam. Lazimnya jika tali tangsi dipilih sebagai tali utama, maka tali dengan kekuatan 20 paun adalah pilihan tepat manakala tali 40 paun pula sesuai untuk tali jenis sulam.

Bagi memudahkan persiapan anda, pilihlah tali perambut kekuatan dari 30 paun hingga 40 paun mengenai umpan hirisan ikan dikerumuni ketam. Cara terbaik mengatasinya ialah gantikan terus umpan berkenaan dengan menggunakan udang hidup atau perumpun sebagai pilihan lain.

1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh
disenaraikan seperti berikut:
i) Udang segar (hidup lebih baik).
ii) Perumpum sarang/pantai.
iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).
iv) Sotong pasar (cumit sesuai).
v) Sotong kurita.
vi) Anak ikan belanak.
vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air,
bulu ayam, rencang rebung dan kasai.
viii) Ketam angin/anak ketam batu.
ix) Roti untuk umpan belanak besar.
x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.
xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail,
kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kuranggelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika
itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum
fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.