Sunday, April 5, 2015

Aku kena karan di Bintuka!!!

Bismillahirahmannirrahim...

Dari dulu lagi aku mendengar perkhabaran yang seronoknya memancing di Sungai Bintuka ini tapi apakan daya belum berkesempatan untuk membasahkan joran ku di sana. Tidak kiralah anda seorang pemancing "bottom" atau seorang pemancing "pengilat" tempat ini memang menjanjikan keseronokan bagi seorang yang bergelar pemancing.

Memancing di Bintuka ini memang da lama ku pendam dan akhirnya 4/4/2015 menjadi titik rasminya joran aku dibasahi oleh sungai bintuka Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam dari Kota Kinabalu ke bintuka memang tidak terasa di sebabkan kegiranan untuk sampai ke destinasi terlalu memuncak.

Bot sewa untuk meneroka sungai bintuka.



Sekiranya anda merancang untuk memancing di sungai bintuka ini dan anda terlupa untuk membeli ais, makanan ringan, umpan udang hidup. Anda tidak perlu risau kerana di jeti tersebut menyediakan bahan-bahan keperluan bagi pemancing.

"Bot Man" kami bernama Man memang yang merupakan penduduk asal di sana telah memberitahu kami yang dia memang hafal dan tahu selok belok kawasan sungai bintuka ini tetapi dia tidak tahu di mana lubuk-lubuk ikan kerana dia bukan seorang pemancing tetapi dia seorang pembawa bot untuk pelancong yang ingin meneroka sungai bintuka ini. Dan terus terang aku cakap sekiranya anda ingin memandu bot yang di sewa tolong bawa sekali gps sebab sungai bintuka ini terlalu banyak cabang dan kesemuanya hampir sama dari anak sungainya tumbuh-tumbuhannya. Aku yang pertama kali berada di sini "angkat tangan" pasti aku sesat untuk mencari jalan pulang.

Dengan makluman yang di berikan oleh pemandu bot kami, aku dan abang aku hanya mampu ketawa sahaja. Aku maklumkan juga pada pemandu bot kami "tak perlu risau" ikan perkara no.2 yang penting keseronokan memancing dahulu itu yang lebih utama bagi aku hehe.

View ke muara sungai
Perjalanan untuk ke muara sungai bukanlah dekat. Dengan anggaran kedalaman 40++ meter memang sungai bintuka ini menjadi kegemaran penggunjung tidak kiralah pemancing, pelancong, pemukat, dan juga spesis ikan.

Niat aku ke bintuka ini hanya untuk casting sebab da lama aku tidak strike ikan dengan teknik mengilat ni. Dengan ke azaman dan dengan ilmu yang masih tumpul aku mengarahkan pemandu bot kami untuk pergi ke muara sungai dahulu untuk melihat keadaan di sana dan susasana muara sungai bintuka. Maklumlah da sampai bintuka kena teroka la semua walaupun memang tidak semua dapat di terokai.

Kerapu? Ya memang kerapu hehe.

Akhirnya aku kena karan oleh kerapu. Berat dalam 400-500gram sahaja. Walaupun saiz yang tidaklah sebenar mana tetapi kerapu ini memecahkan rekod aku selama 2 tahun tak turun sungai dan casting. Gembiraan yang berbaloi bagi aku seorang pengilat akhirnya berjaya juga aku mendapat tarikan dari kerapu.

Sembilang? ya memang sembilang hehe

Tidak ku duga ini pertama kali aku mendaratkan ikan sembilang. Beratnya aku tidak dapat menduga disebabkan spesis ikan ini adalah kali pertama aku daratkan.

Ikan Sumpit
Ikan sumpit ini juga merupakan spesis ikan yang pertama kali aku daratkan Dalam banyak-banyak ikan aku strike di bintuka. Ikan ini yang paling aktif dan ganas. Apa tidaknya ikan ini tanpa putus asa menyambar terus gewang aku walaupun berkali kali miss hook-up dan sehinggalah ia hook-up. Hyper aktif ikan ni rupanya.

Kerapu lagi
Akhirnya abang ku yang sebelum ini belum pernah ada lesen casting akhirnya terkena karan oleh kerapu juga. Betapa gembiranya dia sehingga terjelir lidah sewaktu terkaran oleh kerapu ini hehe. Tahniah memang ada repeat lagi lepas ni untuk ke bintuka.

Aku sempat merakam detik manis abang aku kena karan oleh ikan kerapu dengan teknik popping. Tahniah.

Apa pun aku pasti akan turun ke bintuka lagi dan kali ini untuk mencari saiz yang mega-mega InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.