Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Sunday, June 5, 2011

Laut Dalam : Karang² & Sijali

Wow its been a long time da aku x upload blog memancing aku ni. According my last entire ialah bulan sept last year OMG nearly setahun sudah aku x turun laut dalam. Tapi kalau x silap aku, aku ada turun memancing laut dalam yang naik dari sebelah kudat. Ya.. baru ingat aku pernah pergi jua deepsea di kudat pada awal tahun. Why aku x story da trip time tu?... for sure aku memang x nak story la memancing di sana hahaha bikin sakit hati.. janji dalam paling cikai pun 70 meter sekali tengok.. perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam cuma berkedalaman yang paling dalam 36 meter. Aku nak mancing apa kedalaman macam tu? Kalau dalam macam tu baik aku sewa bot² kecil mancing di perairan pantai dekat area area pulau manukan, memutik, sulug or pulau gaya. So dengan erti kata lain aku hanya memancing sekejap saja.. bila da tau kedalamannya hanya 36 meter itu pun yang paling dalam... aku terus kemas barang aku x memancing selama 2 hari 1 malam... yang aku buat hanya tidur sepanjang masa d dalam kapal. Bukannya aku mabuk laut tapi, dari aku x tentu arah marah marah sakit hati so baik aku tidur saja sepanjang masa. So aku rasa dats da main reason kenapa aku x up cerita time aku mancing di kudat tu.. huhuhu... really sakit hati...

30 Mei - 1 Jun (aramaite) inilah aku ada kesempatan untuk pergi memancing laut dalam. Sebenarnya ingin di buat lebih awal tetapi kebanyakan kapal semua sudah d tempah lebih awal dan ada separuh daripadanya telah di tempah untuk pertandingan memancing laut dalam yang di anjurkan oleh Sutera Harbour kalau x silap aku.

Kapal pancing yang kami naiki kali ini ialah la kapal BlueFin... yang mana kapasiti kapal tersebut menyediakan dan boleh muat seramai 12 orang pemancing dan keadaan masih lagi selesa. Keadaan kapal tersebut terus terang aku katakan Tip-Top condition... tandas, dapur, kapal semuanya berkeadaan bersih. Krew kapal pun yang memang rajin dan captain kapal pun yang rajin berpindah tempat sekiranya hasil kurang memberansangkan.

Trip kali ini aku tidak mensasarkan ikan apa yang aku inginkan tetapi aku mensasarkan berat ikan yang aku inginkan, ikan apa belakang kira yang penting tarikan ikan tersebut 5kg ke atas hehehe... alhamdulillah hajat ku tercapai dengan berjaya mendaratkan Pari seberat 13.5kg . Ini adalah pengalaman pertama ku yang menarik ikan seberat ini.

Here some pix yang aku dapat share untuk trip memancing laut dalam kali ni.. n thanks so much to cik Liza yang sudi mengambil gambar kami untuk di jadikan kenang kenangan.. ko memang BEH!!!
Aku pun x tau kapal apa ka ini cuma yang aku tau kami di arahkan untuk berpindah kerana kawasan ini adalah kawasan larangan memancing. Dengan kehadiran kapal ni.. aku merasakan keselamatan kami di tengah laut terjamin dengan adanya kapal kapal peronda hehehe.
Di gambar ni kelihatan 6 ekor burung yang berpasangan tengah berehat di atas kepingan kayu yang terapung. Ku rasakan mereka tentu penat terbang dan perlu berehat untuk mengembalikan tenaga untuk meneruskan penerbangan hehehe. Dan pada waktu ini jua kelihatan sekumpulan ikan lumba-lumba yang bermain di permukaan air. Suatu panorama yang pertama kali aku lihat selama aku memancing laut dalam. Bagaimana pun dalam gambar ini tidak sempat mengambil gambar ikan lumba lumba tersebut.

Inilah hasil tangkapan kali ni yang mana tong yang berkapasiti berapa aku pun x sure penuh. Alhamdulillah dengan rezeki dari pemberianNya

Ni la abang aku, yang boleh d katakan dia success trip memancing kali ini yang berjaya mendaratkan ikan bersaiz mega mega dan kedua dua ikan yang diangkat olehnya seberat 4.5kg. Puas? tengok saja senyuman tu sudah pasti tahu jawapannya hehehe.

Yeah inilah Bali aku hehehe x la mega sangat cuma 3.2kg pun aku cukup berpuas hati boleh kelihatan dari senyuman yang sukar di gambarkan hehehe.

And here My Pari 13.5kg and my biggest catches so far hehe.. sehingga krem lengan kiri aku dibuat nya. Seronok game dia sewaktu bertarung ni hehehe. Senyuman tu memang tanda kepuasan yang x terhingga hehehe.

Hope early July aku boleh turun lagi hehehe. Sebelum puasa la katakan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.