Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Sunday, July 3, 2011

Laut Dalam : Sijali & 360

Trip 3H2M kali ni kami ikut kapal yg dulunya Dolphin tetapi telah bertukar owner membuatkan kapal tersebut bertukar nama dan juga warna dari biru ke hijau dan dari Dolphin ke Matanoi Group. Trip yang bertarikh 1-3 July ni sepatutnya di atur untuk menyewa sebuah kapal tetapi memandangkan kawan yang lain lambat memberikan pengesahan yang lebih awal membuatkan semua kapal telah habis d tempah dan akhirnya hanya kami bertiga saja yang turun ke laut kali ni, iaitu Liza, aku dan abang aku... itu pun macam biasa la menumpang saja kapal² mana yang kosong hehehe.
Ini la nama kapal tersebut yang siap sedia dengan no contact mereka sendiri. So kalau anda berminat ingin menaiki kapal ni boleh la contact kapal tersebut untuk membuat tempahan. Dengan ciri-ciri kapal yang di sediakan iaitu sebuah bilik mandi dan sebuah bilik tandas yang berasingan, air yang sentiasa mencukupi, tetapi bilik tidur yang kurang memuaskan bagiku kerna tiada privacy disebabkan tidur berampai bukan di atas tilam sendiri.

Ni abg ku yang menyediakan perambotnya untuk menduga laut dalam pada trip kali ni. Nampak saja pukulan ombak yang melanggar kapal huhu membuatkan kepala otak aku pun ikut bergelora pada trip kali ni yang ketinggian alunan ombak yang kadang kala sehingga 2m dengan tambahan pukulan angin lintang dan aku duduk di bahagian tengah di tambah dengan aroma gas bocor di bahagian engin yang memang terletak di tengah membuatkan aku paling KICK la pada kali ni, tambahan aku memang x akan ubat mabuk membuatkan aku cuti pada hari pertama memancing.


Ni la di panggil ikan jackpot bernilai RM50 hahaha. Tahniah kepada Liza kerna berjaya mendapat jackpot kali ni iaitu tenggiri seberat 4kg. Luarbiasa hasil hasilnya kali ni membuatkan aku dan abg aku pun akur tewas di tangan pompuan seorang ni huhuhu.

Kerisi batang 1.8kg huhu memang nasib baik la dia kali ni dan ikan ini sudah pun menjadi jamuan makan malam kami bertiga dengan hidangan masakan 3 rasa.. wowowow sodap.

Ikan merah woa hehehe. Berliur jua aku tengok ikan merah ni walau pun x besar mana tapi rasa dan saiz nyam nyam.

Secara keseluruhan kali ni tangkapan kami kali ini kurang meriah seperti biasanya. X apa kerna rezeki ada di mana² cuma kita kena berusaha untuk mencarinya dan hobi memancing ni sesuatu hobi yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan keyakinan diri yang tinggi. Lain kali boleh turun lagi hehehe. Dan harap aku x KICK lagi hahaha.

* gambar aku dengan ruby aku kena sabotaj biri biri tol la

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.