Sunday, June 21, 2015

Servis : Shimano Torium 20


Bismillahhirrahmannirrahim..

Memandangkan bulan mulia iaitu Bulan Ramadhan maka secara rasminya aku tidak akan turun kelaut ataupun sungai dengan erti kata lain aku berpuasa seketika dari dunia memancing ni.

Di kesempatan ini aku jua ingin memohon maaf kepada sesiapa saja yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak langsung dan kepada pembaca blog ini juga sekiranya ada tatabahasa yang menguris para pengunjung selama dan sewaktu mengunjungi blog ini.

Semoga di bulan mulia ini kita semua mendapat kemuliaan, ke bahagiaan, ke maafan di sisi Allah S.W.T.

Ok kali ini aku bukan nak bercerita pasal ikan tapi aku nak share cara servis reel pancing ni yang mana aku sendiri memang da lama x servis pancing aku ni. Jadi memandangkan bulan ni aku tidak turun memancing, aku akan servis semua reel pancing yang aku ada supaya tahan untuk jangka panjang.

Inilah langkah-langkah dan kaedah bagaimana aku servis reel (tidak pernah servis dari mula beli) aku ini semoga membawa manfaat dan rujukan pada anda semua.

My Torium 20 - Right Handle

Made in Malaysia (faham-faham sajalah buatan Malaysia tapi x apa so far guna masih puas hati)

1st Part kena buka dulu semua Handle dan Star Drag bagi memudahkan untuk membuka"main body reel"

Wajah tempat Handle-Star Drag-Drive Shaft  apabila telah di buka

Kemudian buka Left Side-plate Cover (ada kesan garam dan kotoran di bahagian spool) memang sah dah lama tidak servis

Pengasingan skru. Letak di satu tempat untuk semua (skru pun ada kesan garam lagi)

Kesan kotoran yang ada pada Right Sid-e Plate

Kotoran dan garam yang banyak dalam "main body frame" serta "main gear"


Proses nak bagi bersih "drag" dan "washer"

Keadaan apabila "drag" dan "washer" telah di tanggalkan. Kesan kotoran dan garam memang banyak.


Kesan karat di bahagian Right Side-Plate 

Karat di Roller Clutch 

Proses pembersihan Roller Clutch dan bearing 

Karat di Right Side-Plate telah di tanggalkan

Proses pembersihan


Kotoran di Left Side Spool

Kotoran di Right Side Spool


Proses Pembersihan di lakukan

Bersihkan semua kotoran (tapi dalam gambar ni telah di letak grease
 
Proses pembersihan telah selesai di lakukan

Sapukan sedikit water resistant grease pada seluruh permukaan "main body frame" (aku lakukan ni bertujuan untuk menggelakkan body frame daripada hakisan garam dan jangkitan karat)

Dan letak sedikit grease pada Drive Shaft untuk melancarkan kayuhan

Pemasangan Drive Shaft - Drive Shaft Gear - Drive Shaft Washer-Yoke-Pinion - Anti Reverse 

Pemasangan Drive Gear

Siap pemasangan untuk Drag

Sapu water resistant grease agar gigi skru tidak di makan garam

Siap pemasangan Right  Side-Plate

Pemasangan  "cast control cap" di mulakan dengan
Plastic Bearing Shield
Bearing Thrust Washer
Drag Spring Washer (pemasangan di bersemuka seperti ini " ( ) "
Star Drag Washer

Pemasangan Star Drag Clinker 

Sapu sedikit grease pada Star Drag 

Pemasangan Handle

Sapukan sedikit water resistant grease di Left Main Body Frame

Masukkan Spool

Sapukan sedikit grease kat alarm system

Pemasangan Alarm System

Sapukan water resistant grease di left side-plate
Pasangkan semua hingga siap.

SIAP !!!
Ambil gambar, duduk lurus kan pinggang dan mimpi ikan yang di idamkan.
(peralatan yang aku gunakan untuk servis Torium 20)
Semoga ianya bermanfaat pada pengguna-pengguna Shimano Torium 20 di luar sana.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.