Tuesday, June 23, 2015

Servis : Shimano Beastmaster 4000


Bissmillahirrahmannirrahim...

Jika sebelum ni bercerita mengenai servis Torium 20 di SINI. Kali ni nak kongsi pula ilmu mengenai servis mesin letrik  jenis Shimano Beastmaster 4000. Ada juga mengatakan Shimano Beastmaster 4000 ni Shimano Dendomaru 4000. Apa pun Shimano Beastmaster 4000 beza dari segi spec dengan Shimano Play 4000.

Jadi mari mulakan servis Shimano Beastmaster 4000 dimulai dengan bismillah...


Shimano Beast Master 4000 (bukan harganya RM4000 tapi nama model Shimano Beast Master 4000)

Seperti biasa perkara yang pertama yang saya buka ialah handle reel tidak kisah la reel BC, Spinning ataupun Letrik. Kesan karat jelas kelihatan pada Handle Cap

Kena buka semua terlebih dahulu handle - star drag dan apa apa yang terdapat pada drive shaft


Buka front cover (kelihatan jelas kotoran dan kesan karat pada stabilizer bar)

Front cover yang telah di buka dan untuk proses pembersihan

Kotoran yang ada di dalam front cover

Kotoran yang ada pada top cover apabila front cover di buka.

Left Side-Plate apabila di buka hanya ada sedikit saja kesan garam terdapat di kawasan ini. Dan paling jelas kelihatan kesan garam pada lubang untuk skru di masukkan.

Proses pembersihan di mulakan dengan penyapuan sekali water resistant grease untuk mengelakkan hakisan di sebabkan garam laut.

Right Side-Plate memang sistem casis Shimano Beastmaster 4000 ni SuperB bagi aku di sebabkan bahagian ini bersih dari air garam yang hanya ada kesan garam pada lubang skru sahaja. Memandangkan marine grease yang masih cun aku tidak perlu menggantikannya pada marine grease yang baru.

"Main Gear" keadaan yang masih bersih tiada pencemaran daripada air garam. Walaubagaimanapun grease shield warna hitam telah saya gantikan dengan grease shield yang baru agar lebih terjaga jangka hayatnya.

Proses pembersihan grease shield lama dengan pengantian dengan grease shield yang baru.  Tengok saja Drag System yang ada pada Shimano Beastmaster 4000 ni patutlah ianya berupaya dengan kekuatan Max winding power sehingga 54KG.

Proses pembersihan di mulakan dan penyapuan grease untuk tahan lebih lama

Proses merawat bearing dan yang bagusnya bearing Shimano Beastmaster 4000 ini ada 3 bearing shield. 

Proses pengantian grease shield hitam

Keadaan dalaman spool gear yang masih bagus tiada sebarang kesan kemasukkan garam dan grease yang ada masih bagus dan tidak perlu di ganti.

Spool top gear cover. Grease yang ada juga masih dalam bagus dan tidak perlu di ganti.

Pemasangan semula dengan penambahan water resistant grease di bahagian skru

Kelihatan kesan garam pada lubang skru. Apapun proses pembersihan dan penyapuan water resistant grease akan buat.

Pemasangan cover dan keadaan Shimano Beastmaster 4000 apabila telah di bersihkan.

Pemasangan Star Drag sistem akan di buat. Tapi sebelum itu sapu dahulu dengan grease.

Pemasangan Drag Spring Washer ( pemasangan dia seperti ini ()() )

Pemasangan Click leaf Spring Holder

Star Drag

Power Shield cap yang kotor akibat air garam

Power Shiled cap yang telah di bersihkan

Percubaan menghidupkan dan menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada mesin letrik Shimano Beastmaster 4000 ini. Semuanya telah bersih, fungsi komputer dalam keadaan baik maka boleh la duduk rehat sambil berangan-angan untuk menarik ikan idaman.
Kalau ada kelapangan lagi aku akan upload servis reel aku yang lain pula. Semoga bermanfaat entri kali ini pada pengguna-pengguna mesin letrik shimano beastmaster 4000 di luar sana.

2 comments:

bos kau ada jual board bm4000 klu ada blh wsap sya 01126463687. tq

Apa masalah mesin x dapat berfungsi menggulung tali.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.