Ini adalah trip kali ke-3 aku memancing ke laut dalam dari KK. Pada mulanya group kami sudah mengatur untuk memancing pada 24 sep, tetapi akhirnya semua tarikh diri.. punca tarik diri tu.. aku kategori kan sebagai mereka sibuk saja la... membuatkan trip perjalanan itu dibatalkan... ni yg membuatkan aku lemas untuk mengatur lagi trip untuk ke laut dalam... apa tidaknya kita penat penat atur semua .. yg lain last minit tarik diri huhuhu...
So aku pun call la Abg. Din yang membawa kapal Dolphin dan dia pun cakap boleh join dia dan menurutnya kami semua pemancing akan jadi 10 org apabila dari sebelah kami turut serta.. so memang cantik la....
Paginya pada jam 5.00am Abg. Din call aku.. bagitau 5 org dari yang patut memancing tu x jadi memancing sebab apa aku pun malas nak dengar hahaha... dan trip kami secara tidak langsungnya cancel... tapi kami jalan saja ke jeti kapal, mana tau ada kosong boleh join...
Apabila sampai di jeti kapal alhamdulillah ada 3 kapal yg kosong juga.. KK Law, SeaStar II dan Ocean Blue 2, so kami ambil keputusan untuk menaiki Ocean Blue 2 yang memandangkan kami belum pernah naik tu kapal... nak test la kapal tu macam mana ye tak...
Trip kali ni ... alhamdulillah aku teda mabuk hehehe.. tapi aku muntah juga bukan pasal mabuk , tapi disebabkan aku makan sambal bilis campur mee tawar hahaha... x masuk perut aku terus terkeluar hahaha... terus aku masak maggie baru boleh masuk...
Apa pun secara keseluruhan anak kapal memang rajin bekerja... tanpa di panggil diorang sudah tau tugasan mereka... diorang tolong cek box ikan kalau perlukan ais, terus sediakan siut sekiranya ada dapat ikan besar dan makanan pun boleh tahan rajin diorang masak hahaha.. cuma 2nd day tu saja pagi mee dia tawar hahaha.... kalau cakap captain kapal tu ... ramah mesranya tu x terlayan aku heheheh apa tidaknya berabis dia cakap Bajau Semporna sama aku... mana la aku faham... da aku cakap aku x faham berabis juga dia spikang sama aku hahaha.. sama org lain dia cakap melayu jua... (macam org bajau sudah ka aku ni .. huhuhuu...)
Apa yg paling seronok akhirnya aku ada lesen menangkap Tenggiri sudah hehehe... walaupun x besar sangat aku tetap bersyukur yang aku akhirnya berjaya mendaratkan tenggiri hehehe...
Ikan apa ni aku pun x tau.
Lausu 2.6kg
Yahoo.. alhamdulillah akhirnya aku ada lesen Tenggiri sudah hehehe... 2.6kg
Lausu 2.6kg
Yahoo.. alhamdulillah akhirnya aku ada lesen Tenggiri sudah hehehe... 2.6kg
Lausu dan Tenggiri aku dapat pada lewat malam sebelum ribut melanda hehehe.. dan ini adalah pengalaman pertama saya memancing ke laut dalam yang mana kapal yg d sewa d landa ribut laut hehehe.... apa yang aku tahu waktu tu cuma bertawakal saja la dan tutup mata tidur ,supaya x fikir banyak... kejadian ribut tersebut bermula jam 11pm yang kelihatan petir sambung menyambung di sebuah kawasan yg aku x pasti dan akhirnya hujan turun dengan kuat di kawasan kami dan di ikuti tiupan angin yang kuat dan juga gelombang alun laut yang tinggi dan begitu bergelora menyebabkan semua org masuk ke kabin untuk elakkan dari terhumban keluar dari kapal hehehe....
Alhamdulillah tiada apa² yg buruk berlaku pada kami... AMIN.
Alhamdulillah tiada apa² yg buruk berlaku pada kami... AMIN.
p/s: next trip aku main join kapal org saja la da penat nak atur hehehe...