Bismillah... fuh telah lama aku memendam rasa tidak turun ke laut dalam selama 2 tahun akhirnya tahun 2015 menjadi detik permulaan aku kembali turun beraksi ke laut dalam.
Trip kali ini yang telah di rancang selama 3 bulan dari akhir tahun 2014 akhirnya kami turun juga ke laut dalam pada 6-8 mac 2015.
Pada mulanya perancangan untuk mengikuti kapal Deep Blue akhirnya bertukar ke kapal Ocean Blue di sebabkan masalah gearbox pada kapal Deep Blue.
Dari Kiri Gemel, Anef, Zul, Jaundi, Saya, Depan kiri Ibrahim dan Husain. |
Kali ini, trip mancing laut dalam di sertai oleh orang baru iaitu saudara Anep dan mesin letik baru yang di miliki oleh saudara Zul dan Husain.
Perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam untuk sampai ke destinasi merupakan waktu keemasan buat saya untuk tidur di sepanjang perjalanan. Maklumlah takut mabuk laut hehe. Lagi pun keadaan angin dan alunan ombak pada waktu ini boleh tahan juga kuatnya sehingga boleh menyebabkan isi perut pun macam nak terkeluar.
Setibanya di tempat yang ingin di tuju, aku berjaya mendaratakan ikan pertama ku kerisi bali beratnya dalam 3kg dan ianya memang menjadi buruanku sebab aku suka makan ikan kerisi bali ini berbanding ikan yang lain. Walaubagaimana pun aku tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kenangan bersama ikan yang berjaya aku daratkan kerana pada waktu itu alunan ombak yang agak kuat dan tidak berhenti-henti menyebabkan kesukaran untuk bergambar.
Trip kali ini paling success ialah saudara Husain yang berjaya mendaratkan ikan bersaiz skala besar melebihi 3kg kebanyakannya. Orang cakap pukul mesin letrik baru hehe. Memang rezeki beliau mendapat hasil yang lumayan.
Kerapu 7kg |
Ikan paling besar saudara Husain berjaya daratkan iaitu kerapu 7kg. Aku liat macam anak keratang sudah. Melihat lenturan rod beliau dan kuasa mesin letrik beliau membuatkan aku teruja menyaksikan asakan dari ikan kerapu yang memakan umpan beliau pada waktu itu. Kegimbaraan yang memang tidak dapat di ungkapkan oleh kata-kata yang jelas terpancar dari wajah beliau.
Apapun trip kali ini kami di pukul ombak dan angin yang kuat menyebabkan aku tidak banyak mengambil gambar dan lebih-lebih lagi aku pun mabuk laut juga. Maklum la da 2 tahun tidak turun laut hehe.
Kerisi bali |
Inilah kerisi bali dan ikan pertama yang aku daratkan sewaktu memancing laut dalam pada trip kali ini. Dan ini merupakan ikan terbesar yang aku perolehi pada trip kali ini. Puas Hati? memang aku puas hati walaupun hasil yang aku perolehi tidak berapa memberangsakan cukup la untuk makan dengan keluarga.
Proses membersihkan ikan. Kesian ba kecik saja tempat memotong dan parang tu berbanding ikan yang aku perolehi. |
Apapun InsyaAllah bulan Mei/Jun ini aku akan turun ke laut sekali lagi untuk memburu ikan yang lebih besar hehe. Siyuk ba mancing laut dalam ni biarpun mabuk hahaha.
Kerisi bali masak STEAM hehe. Fuh memang layan |
Tambong Masak Kari fuh dia punya lemak kulit memang lazat |
Hidangan sepenuh hati dengan penuh kasih sayang dari seorang yang bergelar ister. |
Kari kepala Ikan memang ikan kegemaran isteri ku. Ni bahagian memang dia punyala hehehe. |
Terima kasih buat isteri tersayang kerna memasak hidangan yang amat sedap. Love you.
0 comments:
Post a Comment