Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Monday, May 18, 2015

Laut Dalam : Berdarah Di 360


Bismillah... Trip ke dua ke laut dalam bagi tahun 2015 memang menyeronokkan. Dalam trip kali ini banyak mengimbau kembali kenangan aku memancing di laut dalam dari mula-mula aku berkecimpung dalam dunia memancing laut dalam ini.

Kami bergerak agak lewat kali ini di sebabkan masalah "kira-kira" hehe. Kami tidak tahu rupanya kapal yang kami naiki ini juga telah menaikkan harga sewa daripada harga asal. Mungkin di sebabkan faktor ataupun tekanan daripada GST. Apapun GST "aku totally tidak setuju wujudnya sistem ini".

Pada trip kali ini aku berkesempatan dan berpeluang singgah sebentar ke rumah tekong kami iaitu di Pulau Sepanggar. Amat terkejut apabila mendapati pulau ini amat bersih dan berbeza sekali keadaannya dengan pulau-pulau penempatan yang lain.

Kali ini berbeza dengan trip yang sebelum ini yang mana aku ambil banyak gambar untuk di buatkan kenangan. Seperti yang aku katakan sebelum ini trip kali ini mengimbau kembali kenangan aku memancing di laut dalam. 

So biarkan gambar yang berbicara...

Pemandangan perairan Pulau Sepanggar
Tekong Din menghantar Isterinya ke rumah

Saudara Nordin mengambil kesempatan mencari ikan segar untuk di buat umpan.

Saudara Husain membetulkan "rod stand" beliau.
Saudara Zul mempersiapkan senjata sewaktu dalam perjalan ke destinasi.
Hasil tangkapan aku yang pertama. Tidak kisahlah besar atau kecil, tangkapan pertama wajib aku gambar hehe. Kerisi Bali 1.1KG
Saudara Zul dengan hasil pertama Ikan Ping Pong.
Pemandangan segar di waktu pagi.
Simbol keamanan. Menandakan saudara Zul sudah pulih dari mabuk laut.
Alhamdulillah Suno 1.4kg. Ikan yang aku memang nekad nak daratkan. Naik saja Suno ini aku terkenang sewaktu aku mula memancing laut dalam bersama isteri tersayang. Yang mana pada waktu itu hanya aku seorang saja berjaya mendaratkan suno yang sama seperti trip kali ini. Orang kata ikan ni ialah ikan rezeki bukan senang untuk orang memperolehinya. Mungkin hadiah untuk hari lahir ku hehe.
Ruby Snapper. Ikan idaman saudara Husain. Beliau memang nekad untuk mendaratkan ikan ini pada trip kali ini. Berat ikan Ruby Snapper ini mencecah 4kg.

Ikan Minyak aka Baracouta. Kepala saja sudah besar size selipar aku.
Waktu untuk mengeratkan silaturahmi di antara saudara Zul, Ibrahim dan Husain. 3 orang berkulut dalam 1 masa di kedalaman 220 meter.
Ketika 3 sahabat sibuk membetulkan pancing mereka yang berkulut, aku mengambil kesempatan melabuhkan umpan dan dengan pantas "double hook up" ikan Uji Rashid aka Long Finned Bigeye. Aku memang suka makan ikan ni apalagi kalau laut dalam punya rasa. Jauh berbeza dengan saiz yang kecil-kecil. Bakar saja ikan ni campo sambal belacan pergh....
Saudara Zul dengan tangkapa kerisi bali beliau yang pertama.
Saudara Husain double hook up juga ikan Uji Rashid aka Long Finned Bigeye.
Abang aku Ibrahim juga dapat double hook up ikan Uji Rashid aka Long Finned Bigeye ini. Matanya menjeling ke arah saudara zul yang belum dapat double hook up ikan jenis ini lagi hehe.
Saudara Zul dengan Ikan Cupi. Nyam nyam tengok ikan saja pun da berliur hehe. Aku kategorikan ikan ni dalam kategori rare dan sukar untuk di perolehi.
Ikan Tali Pinggang aka Langging. Pertama kali aku dapat ikan ni di laut dalam. Bukan seekor tetapi 2 ekor.
Master of  Tambong. Abang aku Ibrahim tidak pernah miss ikan ni, tiap kali turun mesti dia strike ikan ni. Mantap 6kg.
Di pagi yang segar dengan pemandangan matahari terbit di hiasi gunung kinabalu yang menjadi simbol kebanggan negeri Sabah. Selamat hari lahir buat diriku. Terima kasih ibu dan ayah yang membesarkan dan mendidik aku. Pada waktu ini Tekong Din bercerita dengan ku tentang kenangan aku bersama dia memancing laut dalam dari la aku bujang hingga beisteri dan menjadi ayah. Dia banyak berceritakan kenangan dia sewaktu mengenali isteriku yang bagi dia isteriku luarbiasa kecekalannya ketika memancing di laut dalam. Dan aku memang tidak nafi kan juga yang isteriku lebih hebat memancing daripada aku. Dia yang mengajar aku untuk nekad dalam hati ikan apa yang di inginkan ikan itu pasti akan datang. Terima kasih sayang atas ilmu yang di berikan.
Hasil tangkapan saudara Zul.
Gambar kenangan saudara Zul dengan hasil tangkapannya. Thumbs Up tanda puas hati dan terima kasih beliau pada Tekong Din yang memang mesra layanannya dan banyak membantu sepanjang trip kali ini.
Saudara Husain dengan hasil tangkapan beliau.
Ikan Ruby Snapper menjadi penghulu kepada semua jenis ikan hasil tangkapan saudara Husain.
Berdarah aka Merah. Hasil tangkapan aku pada trip kali ini. Alhamdulillah.
Abang aku Ibrahim sempat memberikan senyuman istimewa dengan hasil tangkapan kali ini.
Alhamdulillah terima kasih pada rakan semua yang menjayakan trip kali ini rakan-rakan Masjid Taman Kuala Menggatal, rakan tempat kerja dan juga abang aku Ibrahim.

Tidak lupa juga buat isteri tersayang yang sentiasa sporting sekiranya aku ingin pergi memancing. Tanpa dia dan sokongannya tidaklah seronok rasanya pergi memancing. Tidak sabar aku menunggu detik kami anak beranak pergi memancing tidak kisah di pinggiran, sungai mahu pun lautan luas. Pasti lebih seronok rasanya memancing bersama orang tersayang.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.