Shimano Beast Master 4000

Hadiah daripada isteri tersayang.

Omoto 25

Mesin Pancing laut dalam yang pertama aku miliki.

Shimano Torium 20

Mesin pancing pengganti mesin omoto ku

Abu Garcia

Mesin pancingku untuk casting.

Daiwa Tatula HD

Baitcasting aku yang pertama.

Sunday, July 11, 2010

Laut Dalam : Si Jali

Aku pun tak tau begitukah ejaan Si Jali ataupun Sijali hehehe, apa pun inilah trip kali ke-3 laut dalam yang pernah aku ikut, yang pada mulanya aku hampir pasti mengikuti trip dari Team Ombak Biru untuk laut dalam, tapi akhirnya jadi juga trip yang aku atur sendiri untuk laut dalam selama 3 hari 2 malam yang biasa org tulis dalam sms (3H2M). Apa pun terima kasih banyak² kepada K.O.B yang menjemput aku untuk trip mereka dan mohon maaf juga kerna tidak dapat ikut sama kerna group aku seramai 5 org yang teringin sangat untuk jalan bersama, maklum la boleh dikatakan kami semua masih baru lagi dan ada 2 org 1st timer untuk aktiviti memancing laut dalam ini.

Seperti biasa apabila sudah berada di laut dalam, phone aku mesti habis bateri aku pun tak tahu kenapa mungkin disebabkan alarm yang aku sudah set untuk air pasang surut membuatkan phone aku cepat habis bateri so tidak banyak gambar yang dapat diambil melainkan gambar sewaktu perjalanan saja.

Ini saja gambar yg aku dapat ambil sebelum aku mabuk laut hahaha...

Faizal tekun meleraikan tali sulam kami yang habis bersimpul sewaktu aktiviti Trolling (akhirnya 3 3 tali sulam kena potong sebab sudah jadi macam sabut tu tali sulam hehehe)

Akhirnya hajat aku tercapai juga dengan berjaya mendaratkan ikan Tambong dan Suno dan inilah hasil terbaik aku selama aku memancing di laut dalam. (Thanks to Jojo camera phone hehehe)

Ikan idaman yg aku ingin daratkan Tambong dan satu tu aku x tau apa nama spesis ikan merah tu. (time ni d office sudah phone ada charge sudah hehehe, maklum la letak kerata di office nak letak tempat lain risau aku)

Ikan Merah terakhir aku, terkejut juga aku apabila anak buah aku nak gambar sama ikan ni, teruja betul dia, last last teriak dia sebab keberatan hehehe.

Walaupun rata rata ikan aku x la besar sangat sekadar average 2.4kg, aku amat berpuas hati dengan hasil aku kali ini dan juga ikan idaman berjaya aku daratkan, walaupun rekod tangkapan seberat 13kg ikan Kingfish yg berjaya didaratkan oleh sahabat lain, aku amat teruja dan tumpang gembira dengan hasil mereka.

Secara keseluruhan ikan ikan yg berjaya di daratkan ialah seperti ikan Kerapu, Pisang², Lau Su, Kerisi Bali, Kerisi, Suno, Putih, Tenggiri, Kingfish, Belut, Gundur, Bakar, Mentua, Sotong, Titir, Merah dan Tambong. Apa pon sayang sekali tidak dapat di gambar huhuhu.

Sekiranya tiada aral melintang kami akan turun sekali lagi pada 6-8 Ogos 2010 ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.