Aku pun tak tau begitukah ejaan Si Jali ataupun Sijali hehehe, apa pun inilah trip kali ke-3 laut dalam yang pernah aku ikut, yang pada mulanya aku hampir pasti mengikuti trip dari Team Ombak Biru untuk laut dalam, tapi akhirnya jadi juga trip yang aku atur sendiri untuk laut dalam selama 3 hari 2 malam yang biasa org tulis dalam sms (3H2M). Apa pun terima kasih banyak² kepada K.O.B yang menjemput aku untuk trip mereka dan mohon maaf juga kerna tidak dapat ikut sama kerna group aku seramai 5 org yang teringin sangat untuk jalan bersama, maklum la boleh dikatakan kami semua masih baru lagi dan ada 2 org 1st timer untuk aktiviti memancing laut dalam ini.
Seperti biasa apabila sudah berada di laut dalam, phone aku mesti habis bateri aku pun tak tahu kenapa mungkin disebabkan alarm yang aku sudah set untuk air pasang surut membuatkan phone aku cepat habis bateri so tidak banyak gambar yang dapat diambil melainkan gambar sewaktu perjalanan saja.
Ini saja gambar yg aku dapat ambil sebelum aku mabuk laut hahaha...




Walaupun rata rata ikan aku x la besar sangat sekadar average 2.4kg, aku amat berpuas hati dengan hasil aku kali ini dan juga ikan idaman berjaya aku daratkan, walaupun rekod tangkapan seberat 13kg ikan Kingfish yg berjaya didaratkan oleh sahabat lain, aku amat teruja dan tumpang gembira dengan hasil mereka.
Secara keseluruhan ikan ikan yg berjaya di daratkan ialah seperti ikan Kerapu, Pisang², Lau Su, Kerisi Bali, Kerisi, Suno, Putih, Tenggiri, Kingfish, Belut, Gundur, Bakar, Mentua, Sotong, Titir, Merah dan Tambong. Apa pon sayang sekali tidak dapat di gambar huhuhu.
Sekiranya tiada aral melintang kami akan turun sekali lagi pada 6-8 Ogos 2010 ini.
4 comments:
oh.. ada juga ikan bernama bakar walaupun belum dibakar ah.. hehe.. nice story, macam best betul trip kamu kan, aku pun happy baca cerita ni walaupun teda situ hehehe.. ikan-kan ko semua besar terutama yang dalam box biru tu kan.
ya aku pun terkejut bila org sebelah aku cakap nama ikan tu ialah ikan bakar, entah aku salah ka tidak antara ikan bakar atau ikan panggang kalik hehehe. ya SUNO tu paling besar aku rasa hehe.
wow! aku teruja tul dgr cerita mancing kamu tu Fik, specially dari abg yg duduk sebelah aku ni... it sounds so much fun trip kamu kali ni ah. hasil ikan pun lumayan. boleh tahan! anyway, kiutttt tul la nephew ko tu fik. sapa nama dia?? hihihi :P
thx so much ya ka semangat ka dia story sebelah ko hehehe, anak buah aku ni aku panggil Botak hahaha... sebab nak panjang saja rambut dia terus di gondolkan
Post a Comment