Bissmillahhirrahmannirrahim..
Kebelakangan ini aku mencebur diri memburu ikan di air tawar suatu pengalaman baru buat diri ku. Seperti biasa aku memang pengemar casting aka mengilat walau di mana aku berada tepian pulau, sungai dan tasik aku akan tetap mencari ikan dengan teknik casting aka mengilat. Manakala teknik bottom aku hanya lakukan bila aku turun laut dalam sahaja.
Memandangkan aku memburu ikan di air tawar kebelakangan ni, satu pengalaman baru yang mana reel aku bertanah, mungkin di sebabkan tasik untuk aktiviti casting aka mengilat yang aku lakukan di kawasan tanah merah itu yang menyebabkan meninggalkan kesan tanah pada reel aku.
So kali ini bukan setakat servis tetapi overhaul terus. Kalau servis kereta dia akan tukar filter dan minyak hitam begitu juga servis reel pancing yang mana biasanya akan tambah minyak pada washer drag, gear dan lain-lain. Manakala overhaul kereta pula, enjin kereta kita akan di angkat untuk di buat pemeriksaan dan baik pulih. Begitu jugalah kalau servis reel pancing semua parts akan di buka untuk membersihkan semuanya dan mengantikan minyak dan grease yang baru.
Apalagi masa untuk overhaul Daiwa Tatula HD...
Daiwa Tatula HD yang sudah di buka separu "gear" nya. Memang kotor habis dalam reel Daiwa aku ini. |
Rupa fizikal Daiwa Tatula HD yang sudah di buka habis. |
Daiwa Tatula HD body parts yang akan di overhaul
Proses pembersihan telah di lakukan. Tidak sedar kualiti gambar ada bergegar sewaktu mengambil gambar ini.
Apa benda yang paling akhir di keluarkan itu la benda paling mula untuk di pasangkan kembali.
Pemasangan telah sempurna di lakukan untuk body frame punya part.
Pemasangan drag system dan penyapuan sedikit drag washer pada semua washer.
Daiwa Tatula HD drag system telah siap di pasang dan telah siap di sapukan washer grease, marine greas, gear grease dan gear oil.
Daiwa Tatula HD handle drag system
Daiwa Tatula HD yang sudah siap di Overhaul.
Alhamdulillah semua sudah selesai dan boleh la baring-baring sambil berangan-angan dapat ikan besar bila casting aka mengilat nanti.
0 comments:
Post a Comment