Dis week outing menembak tidak dapat dibuat disebabkan banyak member ada komitment lain dan lagi pun date 6 march sudah di booked untuk memancing hehehe.
Trip kali ni di anggotai oleh member opis aku 4 orang iaitu Jaundi aka Jontot, Robert aka Girl dan Faizal. Sebenarnya kami nak buat 8 org sekali jalan tapi yang lain ada komitment lain so kami berempat sajalah jalan pergi memancing sekitar tanjung aru (bottom)- pulau sulug (casting)- pulau memutik (casting & bottom).
Memandangkan aktiviti ni ada tempias² air masin aka laut so aku x berani la nak bawa DSLR aku takut karang kondem pula, jadi gamba pon guna phone saja la yang tetap tahan lasak (Nokia Fans) hehehe.
Banyak jua hasil tangkapan kali ini dari ikan pisang², kerisi, ketambak, kerapu, putih, gumbur dan satu lagi tu aku x tau apa nama ikan tu hehehe tapi paling banyak banana fish la hehehe.
Next time kami akan atur rombongan lagi untuk pergi memancing di tempat tersebut.
Finally aku dapat STRIKE ikan putih hasil main casting hehehe. Best wo rasanya bila dapat STRIKE ni macam strike main bowling juga tapi feel strike casting ni pergh x dapat aku explain.
(apasal la jurugambar aku tu x betulkan posisi ikan aku tu huhuhuhu)
Ikan terakhir yang aku hehehe hasil casting guna umpan ikan.
Secara keseluruhan aktiviti jalan² cari ikan kali ini aku memang puas ati hehehe.
0 comments:
Post a Comment