Friday, April 16, 2010

Just Casting

Wow buat pertama kalinya aku mengatur aktiviti mancing hanya untuk casting. Boleh dikatakan aktiviti ni lasak sebab permainan casting menggunakan popper memang memenatkan, apa pun kepenatan tu memang terubat bila STRIKE hehehe.

Hasil dari casting kami kali ini

8 ekor GT tewas kali ini yang di naikkan oleh Boy (left) sebanyak 4 ekor, aku seekor saja yang satu ekor aku pegang tu cuma untuk bagi lengkap saja tangan tu hehehe, dan Ozy (right) 3 ekor.

Teknik casting yang di gunakan hanya menggunakan popper dan spoon. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan amat memenatkan apa pon yang penting puas apabila dapat STRIKE walaupun 1 ekor saja hehehe.

Mana 1 ikan yang aku naikkan? hehehe

Inilah dia hasil tangkapan kami bertiga yang hanya menggunakan popper dan spoon yang dihasilkan oleh orang kita. Popper paling atas itu popper yang aku guna boleh panggil OZY Sexy Popper, yang tengah tu popper yang digunakan oleh anaknya Boy di panggil OZY Pencil Popper dan last sekali yang digunakan oleh Ozy iaitu OZY Spoon. Semua barangan ini dihasilkan oleh beliau yang hanya mengunakan kerja tangan tanpa menggunakan mesin khas. Syabas dan tahniah kerna adanya anak tempatan yang boleh menghasilkan produk keluaran yang berkualiti dan terjamin keberkesanannya. Apa pon gunakan tanpa was² hehehe.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.