Sunday, April 25, 2010

Jalan² cari ikan part IV

Trip mancing kali ini di buat pada 24 April 2010. Angler yang turun kali ni aku, Liza dan abang aku Jack. pada mulanya aktiviti ini ramai yang turut serta sehingga 2 bot telah d buat tempahan, tapi apa boleh buat di saat² terakhir group lagi satu tarik diri membuatkan kami terpaksa menggunakan 1 bot saja, ini pun last minit kawan kami 1 org pun tarik diri so terpaksa juga la kami bertiga teruskan juga aktiviti tersebut sebab sudah janji dengan tuan punya bot.

Botman janji jalan 8 or 8½ pagi sekali tengok huhuhu jalan jam 9am jua berasap jua aku tunggu dalam bot hehehe kalau tau x la kelam kabut aku datang awal pagi. Walaupun jalan jam 9 pagi hasil tangkapan kami kali ini lebih lumayan dari biasa tidak sampai jam 12 tengahhari box kami penuh sudah dengan di isi oleh ikan pisang², kerapu dan kerisi. Size boleh tahan juga. Di sebabkan box sudah penuh aktiviti mancing bottom kami berakhir di situ saja sebab takut nanti kalau dapat ikan lagi nanti x tau nak letak mana sudah ikan tu.

Lunch time kami lain dari biasa, yang biasanya hasil tangkapan kami akan di masak untuk makan tengahhari tapi kali ini isteri kepada tuan punya bot sudah masak lebih awal di rumah lauk ikan masin, sotong, udang, sambal udang dan ayam jadi sajian kami kali ini. Apa lagi pergi bedal la sebab keletihan betul + lapar lagi hehehe.

Selesai saja lunch time aku terus bergerak pergi main casting (acara kegemaran aku).. tapi waktu ini aku betul keletihan mungkin disebabkan cuaca sangat terik hari tersebut dan bot kami pun x pasang atap mungkin disebabkan itu aku keletihan.

Abu Garcia
Time nie aku rehat sebelum aku mulakan acara popping aku

Letih memang letih mungkin habis air badan aku kering oleh kepanasan sinaran matahari tapi bila acara casting aku da mula, letih aku pun terus hilang hehehe... biasalah bila kita da suka buat sesuatu benda tu, penat lelah, susah dan pelbagai rintangan akan di pandang ringan saja.

Setelah banyak kali mencuba membuat lontaran, akhirnya berhasil juga, walaupun seekor tapi aku tetap puas hati hehehe.

Me, Myself, I & My Fish
Puas hati aku walaupun hanya seekor GT berhasil.

Secara keseluruhan aktiviti kali ini aku banyak diam mungkin disebabkan aku keletihan hehehe. Apa pon aku suka phone aku yang boleh self-timer berabis jua la aku bergambar waktu di batu ni hehehe.

2 comments:

yeah! my bro taufik! u such a full with arts & creativity! new blog for fishing ya? nicely done! bakar ikan nanti ya.BBQ!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.