Monday, May 10, 2010

Just Casting II

Buat kali ke-2nya aku mengatur trip khas untuk casting saja. Angler yang beraksi kali ni Jontot, Liza, Faizal dan aku sendiri.

Perjalanan yang sepatutnya 8½am terpaksa di tanggu sehingga jam 9am disebabkan member kami Jontot lambat sampai. Trip pertama telah bertolak seawal jam 7am dan mendapat khabar mereka sudah strike 1 ekor GT. Huhuhu.. dalam kepala aku habis la ikan sana kena tapau sudah hehehe...

Keadaan air waktu aktiviti ini di jalankan kurang memuaskan di sebab kan air mati hehehe... tapi kalau aku, air canteq ka x canteq yg penting rezeki masing² yang penting kita usaha dan terus berusaha hehehe...

Jam 3pm hujan kuat telah membasahi bumi dan apa lagi semua mandi hujan la, nasib aku ada bawa baju hujan x la basah kuyup.. waktu hujan ni la sahabat² lain melakukan kegiatan masing masing, ada yang main police and thief ada yang pergi berenang ada yang menyelam, aku cuma lepak saja, nak juga pergi mandi laut dan ikut diorang main police and thief tapi takut bahu aku terlepas lagi hehehe sebab 2 minggu sebelum ni bahu aku terlepas...

Hujan redah hampir hampir jam 4pm, dan kami sambung memulakan aktiviti casting kami di sinilah Angler dari trip aku Liza mendapat lesen casting yang pertama dengan hasil tarikan GT seberat 1.1KG.. tahniah di ucapkan..

Here some pic yg sempat aku ambek sewaktu aktiviti popping kami....

Jontot
Jontot tengah menjamu selera sambil memerhati kelibat ikan

Faizal & Liza
Faizal pergh melahap ayam goreng tu hehehe

Liza 1st Strike
Akhirnya ada lesen popping sudah cik Liza ni. GT aka Giant Travelly 1.1kg tewas.

Diamond Travelly
Ikan terakhir yang aku dapat dan yang pertama bagi spesies ni iaitu DT Diamond Travelly aka Alectis Indicus seberat 700g tewas hehehe.

Trip Photo
Trip Photo. Yang mana angler keseluruhan seramai 10 org. Waktu ni dekat 6½pm.
Group satu perolehi 5 GT dan Group aku perolehi 2GT dan 1 DT

Walaupun aku hanya perolehi 1 ekor GT dan 1 ekor DT, aku tetap berpuas hati dan bersyukur dengan pemberian-Nya. Sure ada next trip lagi pergi popping hehehe.

OMG!!!
Pergh berbelang kaki aku pasal bejemur hahaha ada tatu ori sudah.

*thanks buat liza sponsor makanan trip kali ni hahaha


5 comments:

wow macam best hahaha.. aktiviti sendiri tu pun kedengaran macam best juga, huhu mau mandi situ juga ahahaha.. cantik warna kulit ko, selipar corcodile ka tu hehehe..

ya selipar kegemaran aku warna kuning tu hahaha

Early morning, monday: i was shock tengok ur face fik, sOoo hangus!
Breakfast, monday: u were telling me of your excitement mancing ok
Breakfast, monday: i saw ur ankle punyalahhhh fik, itammm okeh!
Breakfast, monday: u showed me the last pic, and i blast-off ketawa truss trus (very funny, dotted-dotted-polkadot ba sunburn!) wahaha!
almost noon, monday: i heard u were saying "muka saya panass owh"
afternoon, tuesday: theeeeeeeennnnn at last, u got panic see-ing ur face yang hangus itam legammmm... kan kan :P

but above all u enjoyed it. u happy n m happy for u ;)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | free website templates | Free Vector Graphics | Web Design Resources.